CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 8, 2011

PETA DAERAH BATU PAHAT



Monday, July 25, 2011

Jom Menyanyi ...



Pelajar-Pelajar 3 Arabi dan 3 Farabi SMA Parit Raja semasa Program Seminar Menjawab Geografi PMR

Sunday, July 24, 2011

Seminar Geografi PMR


Seminar menjawab Geografi PMR SMAPR telahpun berjaya dijayakan pada hari Sabtu ( 23 Julai 2011) lalu. Seminar ini telah dijayakan oleh Penceramah undangan berkaliber merangkap Guru Cemerlang Geografi iaitu En.Razli bin Raais yang juga tenaga pengajar SMK Permata Jaya Rengit Batu Pahat.
Diharap seminar ini dapat membantu calon-calon PMR SMA Parit Raja membuat persediaan menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR dan PMR yang bakal dihadapi pada 4 oktober akan datang.





































Sunday, July 10, 2011

3 Hari 2 Malam @ Chedoq Resort - Perkhemahan Perdana 2011

Perkemahan Perdana SMA Parit Raja pada tahun ini telahpun diadakan pada 8-11 Julai 2011 di Chedoq Resort Kuala Rompin Pahang.Perkhemahan kali ini
melibatkan 120 orang pelajar dan 22 orang guru dan staf.
Terima kasih di ucapkan kepada unit Ko Kurikulum SMAPR
kerana menghadiahkan percutian yang menyeronokkan ni..
bukan apa orang lain datang ke sana bertugas..tapi
diriku..sibuk melayan baby batrisyia yang x boleh
kompromi ni..walau apapun...dengan perancangan yang
teliti, persiapan yang mantap, kerjasama daripada semua
pihak, perkhemahan ini dapat dijayakan dengan
hebatnya.....




































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sunday, June 19, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka 16 Jun 2011































Alhamdulillah...segala perancangan selama 2 bulan dapat dijalankan dengan jayanya.. walaupun ada beberapa masalah mendatang,berkat daripada kesabaran menangani semua masalah semuanya berjalan dengan lancar.
Tepat jam 7.30 pagi kami memulakan perjalanan.Permulaan perjalanan yang agak menyeronokkan..semua peserta sangat ceria .masing-masing agak excited walaupun tepat yang ditujui xlah jauh mana..Pemandu bas memasang filem "Kongsi" yang sekurang-kurangnya dapat menghilangkan bosan di dalam bas.Tidak kurang juga yang melelapkan mata .
Tepat jam 8.30 pagi ,tiba di R&R Pagoh.Time to Breakfast... Ramai jugak pelajar yang tak turun bas,katanya kenyang lagi..tp sebenarnya cikgu yang nak breakfast..Almaklumla..time2 macam ni masa untuk Sarapan di "Kafe Cik Sal".
Tepat Jam 10 pagi, sampai ke destinasi pertama "Planetarium Melaka". Banyak juga aktiviti yng boleh dijalankan disana seperti tayangan,pameran dan mencuba beberapa game. Agenda diteruskan dengan 'Lunch Hour' Destinasi : Mydin MITC.sempoi...mcm2 ada..sambil makan bole shopping..
Selepas Solat Zohor di MAsjid Al-Amin MITC perjalanan diteruskan ke Banda Hilir untuk meneruskan lawatan seperti ; menyusuri Sungai Melaka(Melaka River Cruise), Menara Taming Sari, Muzium Samudera, A Famosa sehinggalah jam 7 petang.
Badan dah letih, kaki pun dah sakit-sakit, maklumlah..berat badan pun dah berlebihan..jadi kaki ni pun dah x larat nak bawak badan yang berat ni...pelajar-pelajar pun mcm dah x larat dah..destinasi seterusnya..Masjid untuk solat Maghrib dan bertukar pakaian..Ada juga pelajar yang menyampaikan hasrat nak pergi zoo..tapi setelah ditanya orang-orang sekitar..malam tu zoo tak bukak daa...
Agenda terakhir..Dinner.. tempat yang dipilih.. Mydin MITC lagi daaa...nak buat mcmana..driver bas pun tak tau tpt makan best kat melaka ni..
Tepat jam 9.30 bergerak balik..Tiba di SMAPR jam 11 Mlm..Alhamdulillah......
Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan sambil belajar kali ini..Terutama kepada Tuan pengetua, GPK Ko Kurikulum.. Cik Zakiah dan Pn.Baizura sebagai Guru Pengiring dan pihak-pihak lain yang terlibat..Terima kasih.