CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 18, 2011

PETA DAERAH BATU PAHAT



Wednesday, March 16, 2011

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI KAWASAN PEKAN PARIT RAJA
















Tuesday, March 15, 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN PEKAN PARIT RAJA, BATU PAHAT JOHOR



(untuk rujukan pelajar-pelajar SMA Parit Raja Batu Pahat Johor)









Objektif kajian :






1. Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar



2.Mengenalpasti pencemaran alam sekitar di Pekan Parit Raja



3.Menyenaraikan punca pencemaran udara di Pekan Parit raja



4.Menghuraikan kesan pencemaran udara di Pekan Parit Raja



5.Mencadangkan cara mengurangkan pencemaran udara di Pekan Parit Raja



6.Menerapkan nilai patriotisme dalam kajian Pencemaran udara di Pekan Parit Raja












Kaedah kajian :






1.Pemerhatian (sila rujuk lampiran)



2.Temubual(sila rujuk lampiran)









Dapatan kajian:









8.1 Konsep pencemaran alam sekitar


(Nyatakan sumber definisi pencemaran)


cth :Menurut kamus Dewan @ Menurut wikipedia .......


-pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, bunyi bising,cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga memusnahkan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta menganggu keharmonian alam sekitar. faktor pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor semulajadi akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia.



-terdapat beberapa jenis pencemaran iaitu ;



a. pencemaran udara



b. pencemaran tanih



c. pencemaran air



d.pencemaran bunyi






8.2 Jenis pencemaran yang berlaku di kawasan Pekan Parit Raja



- Pencemaran udara bukti ;



a. asap kilang yang dikeluarkan oleh cerobong asap dari kilang Evergreen, Stancodex



b. habuk dan debu dari tapak pembinaan perumahan baru di Taman manis, Taman gemilang dan dari tapak pembinaan masjid baru di pekan Parit Raja dan di Kampus Universiti Tun Hussain Onn(UTHM)



c. asap kenderaan



- Pencemaran tanih.bukti;



a. sampah sarap yang ditinggalkan oleh peniaga-peniaga pasar pagi setiap hari isnin dan khamis di tapak pasar pagi Kompleks Parit Raja.



b. longgokkan sampah yang ditinggalkan oleh peniaga kedai-kedai runcit dan pasar mini di hujung bangunan terutama di Pasar Mini Ain Evergreen dan Kompleks koperasi Parit Raja.



8.3 Punca pencemaran udara di kawasan Pekan Parit Raja



a. Asap kenderaan - pelepasan gas-gas karbon dioksida dan karbon monoksida



b. Asap kilang - asap yang bercampur debu dari kilang memproses kayu (Evergreen) dan kilang memproses minyak kelapa (Stancodex)



c. habuk dan debu dari tapak pembinaan perumahan dan bangunan-bangunan lain



d. pembakaran terbuka oleh penduduk-penduduk kampung ,bengkel membaiki motosikal dan sekolah. cara mudah untuk melupuskan sampah.



e. aktiviti harian - penggunaan alatan elektrik oleh penduduk terutama penggunaan pendingin hawa yang mengeluarkan gas CFC. Penggunaan penyembur aerosol juga mengeluarkan gas CFC.